Tarikh: 25 Februari 2017
Lokasi: Hotel Perdana, Kota Bharu
Majlis MoU di antara Persatuan Kontraktor Perumahan Kelantan dan CIDB MyIBS yang dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed yang dihadiri 1,000 jemputan. MoU kerjasama antara pihak CIDB dan PKPK adalah untuk mencipta sistem IBS pembinaan rumah yang lebih sesuai digunakan oleh kontraktor-kontraktor bersaiz kecil sederhana. InsyaAllah kontraktor-kontraktor di Kelantan khususnya akan lebih berdaya saing pada masa hadapan dengan adanya sistem pembinaan IBS yang boleh mempercepatkan dan menjimatkan kos pembinaan.