Selamat Datang ke Laman Web PKPM

Search

LAMAN WEB RASMI

PERSATUAN KONTRAKTOR PERUMAHAN MALAYSIA

Kontraktor Bakal Gulung Tikar Gara-gara LPPSA

10 MAC 2022

Sejumlah besar kontraktor perumahan dikatakan bakal gulung tikar bukan kerana kekurangan tenaga kerja atau kenaikan harga barang, tetapi kerana perubahan terhadap jadual pembayaran pinjaman oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Kontraktor Perumahan Malaysia (PKPM), Hasniro Hasbullah berkata, perubahan jadual itu menuntut kontraktor untuk menyiapkan satu-satu rumah tanpa mengikut pelan pembinaan seperti yang biasa dilakukan sebelum ini.

Katanya, sejak perubahan itu berkuat kuasa pada 17 Disember 2020, ia memberikan impak besar kepada aliran tunai kontraktor perumahan apabila terdapat pembinaan rumah yang dapat disiapkan kira-kira 65 peratus sahaja.

“Kalau nak siap bina rumah, ada beberapa benda kita sepatutnya bina terlebih dahulu, tetapi, benda itu diminta siapkan kemudian. Ini menambah kepada kos perbelanjaan antara 20 hingga 30 peratus. Kemungkinan besar ramai gulung tikar lepas ini.

“Biasanya, kita perlukan modal dalam RM 30,000 untuk satu rumah, tetapi disebabkan perubahan jadual ini, kita kini perlukan antara RM 80,000 hingga RM 90,000 modal pusingan untuk satu rumah. Ini menyebabkan aliran tunai kita terganggu,” katanya.

Dalam notis 15 Disember 2020, LPPSA memaklumkan bahawa tiga jenis permohonan pembiayaan perlu mengguna pakai Jadual Ketiga dalam Jadual G Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) Pindaan 2015 dalam dokumen Kontrak Pembinaan atau Perjanjian Jual Beli semasa mengemukakan permohonan kepada LPPSA.

Ia melibatkan Jenis 2 iaitu pembinaan rumah di atas tanah sendiri, Jenis 3 iaitu pembelian rumah kediaman yang sedang dibina khususnya oleh kontraktor dan Jenis 6 iaitu pembinaan rumah kediaman di atas tanah yang dibiayai melalui kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam.

Ketika ditanya alasan LPPSA berbuat demikian, Hasniro berkata, LPPSA memaklumkan bahawa keputusan itu berdasarkan kepada pekeliling Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bahawa kontraktor tertakluk di bawah Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 sebagai pemaju yang berlesen.

“Tetapi, kita hanya kontraktor, bukan pemaju, kita tidak terikat di bawah akta ini. Kita hanya menyiapkan beberapa buah rumah mengikut projek sedia ada,” katanya.

Justeru, pihaknya telah pun meminta LPPSA mengubah semula jadual pembayaran pinjaman itu supaya kontraktor perumahan dapat bernafas semula.

“Kami sudah berhubung dengan LPPSA dan mereka bersetuju dengan cadangan kami, tetapi, mereka perlu mendapat pengesahan daripada mana-mana badan profesional seperti Lembaga Arkitek Malaysia terlebih dahulu. Mungkin ada kekhilafan tertentu, jadi kita berharap mereka pertimbangkan cadangan kami,” katanya.

Katanya, kontraktor perumahan tidak boleh terus bertahan selagi jadual pembayaran itu tidak diubah ke asal.

“Kita jatuh bertimpa-timpa, mula-mula kena pandemik Covid-19, tidak boleh buat kerja,” ujarnya.

KEAHLIAN PKPM

Keahlian adalah terbuka kepada semua pemilik syarikat yang menjalankan perniagaan bidang perumahan dan menjalankan perniagaan tersebut di seluruh Malaysia.

UNDIAN & SURVEY

Apakah pandangan anda mengenai laman web rasmi Persatuan Kontraktor Perumahan Malaysia?

LANGGAN NEWSLETTER