24 MEI 2025
Kelantan dipilih sebagai lokasi Mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun 2025 yang diadakan di H Elite Design Hotel, Tunjong.
Majlis bermula pada pukul 10 pagi dan dihadiri secara fizikal oleh perwakilan dari Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu. Selebihnya adalah secara online.
Tuan Hasniro Hasbullah selaku presiden semasa Persatuan Kontraktor Perumahan Malaysia (PKPM) telah melepaskan jawatannya kerana tamat penggal digantikan oleh IDr. Dr Muhsin Abdul Ghani (MAG) yang akan menggalas tanggungjawab sebagai presiden seterusnya untuk tahun 2025 hingga tahun 2028. Hasil mesyuarat juga melantik saudara Nik Mohd Ali Bin Yusof sebagai Timbalan Presiden untuk penggal seterusnya.
Majlis berjalan dengan lancar dan perwakilan dibawa melawat tapak Taman Perindustrian IBS di Sungai Bagan, Machang.