Persatuan Kontraktor Perumahan Malaysia (PKPM) Negeri Perak telah mengadakan kunjungan hormat ke Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) sebagai langkah memperkukuh hubungan strategik antara persatuan industri dan agensi kerajaan negeri.
Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan isu serta hala tuju pembangunan perumahan di Negeri Perak, khususnya berkaitan keperluan semasa dan masa hadapan dalam penyediaan rumah mampu milik yang lebih tersusun, berkualiti dan lestari untuk rakyat.
Dalam pertemuan ini, kedua-dua pihak telah bertukar pandangan bagi mencari titik persamaan dan ruang kerjasama antara PKPM Perak dan LPHP, selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Perak dalam memperkasakan sektor perumahan.
Sebagai langkah susulan, satu kertas idea dan usul cadangan rasmi daripada PKPM Perak akan dikemukakan kepada pihak LPHP untuk pertimbangan dan seterusnya mendapatkan kelulusan Kerajaan Negeri Perak.
PKPM Perak komited untuk terus memainkan peranan sebagai rakan strategik kerajaan dalam menyokong agenda pembangunan perumahan yang mampan dan inklusif demi kesejahteraan rakyat Negeri Perak.