Selamat Datang ke Laman Web PKPM

Search

LAMAN WEB RASMI

PERSATUAN KONTRAKTOR PERUMAHAN MALAYSIA

Lawatan ke Taman Perindustrian IBS Kelantan

24 MEI 2025


Semalam, seusai Mesyuarat Agung PKPM 2025 di Hotel H Elite, Tunjong. Mantan Presiden PKPM terus ke Taman Perindustrian IBS Sungai Bagan di Labok Machang untuk meninjau perkembangan semasa progres pembinaan kerja-kerja infra bersama rakan-rakan persatuan dari Negeri Kelantan, Kedah, Perak, Terengganu dan Selangor. Sebahagian dari mereka juga ada yang telah menempah lot kilang untuk dibangunkan kilang miliknya apabila Fasa 1 (kerja-kerja infra) siap sepenuhnya oleh Maincon yang dijangka siap pada hujung September 2025 ini.

Walaubagaimanapun kami dimaklumkan terdapat pertindihan laluan utiliti sedia ada pada laluan longkang utama yang perlu dibina sebagaimana keperluan. Mungkin berlaku sedikit pertambahan masa bagi memberi laluan kepada syarikat utiliti untuk relocation laluan mereka. Diharapkan semua berjalan lancar dan perkembangan semasa akan kami update dari masa ke semasa selepas ini. Doakan agar projek ini berjalan lancar demi kemajuan tempat kita dan dapat menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.