Selamat Datang ke Laman Web PKPM

Search

LAMAN WEB RASMI

PERSATUAN KONTRAKTOR PERUMAHAN MALAYSIA

Majlis Perbincangan Strategik Bersama Bank Rakyat & PKPM Kelantan

7 JULAI 2025

Majlis Perbincangan Strategik Bersama Bank Rakyat & PKPM Kelantan

Alhamdulillah, satu sesi perbincangan strategik telah berjaya diadakan antara pihak Bank Rakyat Negeri Kelantan / Terengganu dan wakil Persatuan Kontraktor Perumahan Malaysia (PKPM) Kelantan pada:

πŸ“… Tarikh: 7 Julai 2025 (Isnin)
πŸ•‘ Masa: 2.00 petang
πŸ“ Lokasi: Pejabat Wilayah Bank Rakyat Kelantan / Terengganu, Bandar Baru Tunjong

Perbincangan ini memberi fokus kepada penawaran pakej pembiayaan perumahan termasuk:
🏠 Pakej Normal – untuk pembinaan atas tanah sendiri
🏠 Pakej SJKP – pembiayaan sehingga 100% bagi golongan berpendapatan rendah
🏠 Pakej Khas Kakitangan Kerajaan & GLC
🏠 Pembiayaan khas untuk Taman Perindustrian IBS, Sungai Bagan

Wakil-wakil PKPM telah diberi taklimat terperinci oleh pihak Bank Rakyat yang diketuai oleh Pn Haslina Binti Ali, Pengurus Kanan, Pembiayaan Hartanah. Sesi ini juga membuka ruang perbincangan dua hala mengenai cabaran dan potensi kerjasama antara kontraktor dan institusi kewangan dalam menyokong pembinaan rumah atas tanah sendiri di Kelantan.

✨ Semoga jalinan kerjasama ini memberi manfaat besar kepada industri pembinaan rumah dan seterusnya memudahkan rakyat memiliki rumah idaman mereka.