21 NOVEMBER 2025
Seramai 4 wakil dari PKPM telah dijemput untuk menghadiri Malam Gala Usahawan Negeri Kelantan ( 21 November 2025 @ Hotel Grand Renai Kota Bharu )yang terdiri daripada :
1. En Hasniro Hasbullah – Penasihat Kehormat
2. IDr Dr Muhsin Abdul Ghani – Presiden PKPM Pusat
3. En Nik Mohd Ali Banglo Selising – Timbalan Presiden PKPM Pusat
4. En Mohd Nasrul Baharudin – Setiausaha Agung PKPM Pusat
Program ini telah di rasmikan oleh Dato’ Panglima Perang Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Nassuruddin Bin Haji Daud. Manakala Sijil Penghargaan telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Bin Hassan kepada Timbalan Presiden PKPM En Nik Mohd Ali.
Kami di PKPM ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan amat menghargai akan pengiktirafan ini tanda penghargaan Kerajaan Negeri Kelantan terhadap dedikasi, kerjasama dan usaha berterusan PKPM dalam menjayakan agenda pembangunan ekonomi negeri Kelantan khasnya di dalam sektor pembinaan rumah kediaman.
Semoga PKPM terus menjadi wadah dan payung kepada ahli ahli yang terdiri daripada kontraktor bina rumah atas tanah sendiri dan pemaju kecil yang berintegriti dan dapat memberi perkhidmatan yang berkualiti tinggi.