KUALA LUMPUR, 13 January 2026 – Sesi Kunjung Hormat telah diadakan bersama Pengurusan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) bagi meneroka peluang kerjasama antara Persatuan Kontraktor Perumahan Malaysia (PKPM) dan agensi berkenaan.
Hadir menerima kunjungan daripada PKPM adalah:
• Mohamed Azman bin Mohamed Taufik – Head, BDPM
• Azizi Ahmad – Head, Bumiputera Development (BD)
• Nazrizal – Head, Islamic Fis/DFI (IDD)
• Nor Asmawar Binti Hamzah – Assistant Manager, Bumiputera Development (BD)
Sesi ini telah diketuai oleh IDr Dr Muhsin Abdul Ghani, Presiden PKPM dan Ruziman Che Yaacob, Naib Presiden 2 PKPM Selangor bagi membincangkan kolaborasi yang boleh dilaksanakan dalam aspek peningkatan kapasiti usahawan, pembiayaan perniagaan dan pengembangan akses pasaran tempatan dan global dalam pelbagai industri.
PERKARA PENTING YANG DIKONGSI OLEH CGC
1️⃣ Skim Jaminan (PG – Portfolio Guarantee)
Disediakan khas untuk kontraktor Bumiputera. Melibatkan bank seperti:
• OCBC
• Standard Chartered Bank
• Membantu meningkatkan kebarangkalian kelulusan pembiayaan
2️⃣ Kad Kredit Perniagaan Muamalat–CGC
Digunakan untuk:
• Pembelian bahan binaan
• Perbelanjaan operasi
• Menstabilkan aliran tunai projek
3️⃣ TPUB-i (Tabung Projek Usahawan Bumiputera-i)
• Sesuai untuk kontraktor Bumiputera yang mempunyai projek / kontrak yang sah
• Namun, dimaklumkan bahawa:
• Majoriti ahli PKPM terlibat dengan projek swasta, bukan kerajaan / GLC
Selain itu, pihak CGC Malaysia Berhad juga menyambut baik cadangan untuk mengadakan Program Penempatan Silang (Cross Fertilization) bagi meningkatkan pendedahan dan pengalaman kerja terutamanya dalam aspek pemprosesan pembiayaan perniagaan.