16 APRIL 2026
Jitra, Kedah – PKPM Kedah telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Bank Rakyat (HQ Bahagian Utara) dalam satu sesi perbincangan strategik yang berlangsung di pejabat persatuan.
Kunjungan ini melibatkan barisan pengurusan cawangan Bank Rakyat dari Alor Setar, Kuala Nerang, Pendang, Jitra, Kangar dan Arau, yang hadir bagi membincangkan potensi kerjasama bersama kontraktor perumahan di negeri Kedah.
Antara fokus utama perbincangan adalah berkaitan kemudahan pembiayaan pembinaan rumah atas tanah sendiri, termasuk aspek kelayakan pelanggan serta proses permohonan yang ditawarkan oleh pihak Bank Rakyat.
PKPM Kedah berpandangan bahawa skim pembiayaan yang diperkenalkan adalah lebih fleksibel dan mudah berbanding sebahagian institusi kewangan lain, di samping menjadi alternatif kepada kemudahan sedia ada seperti LPPSA. Walau bagaimanapun, setiap kaedah pembiayaan mempunyai kelebihan dan kekangan tersendiri bergantung kepada situasi kewangan pelanggan.
Kunjungan ini dilihat sebagai satu langkah positif ke arah memperkukuh kerjasama antara sektor perbankan dan industri pembinaan, khususnya dalam membantu lebih ramai rakyat merealisasikan impian memiliki rumah sendiri.
PKPM Kedah komited untuk terus memainkan peranan sebagai penghubung antara kontraktor dan institusi kewangan demi memacu pertumbuhan industri perumahan yang lebih mampan di negeri ini.