Selamat Datang ke Laman Web PKPM

Search

LAMAN WEB RASMI

PERSATUAN KONTRAKTOR PERUMAHAN MALAYSIA

Ekspo Bina Rumah Kelantan 2026

21 MEI 2026

✨️✨✨️️✨️✨️✨️Sejarah Tercipta ✨️✨️✨️✨️✨️✨️

Ekspo Bina Rumah 2026 TERBESAR DI KELANTAN

Anjuran PKPM Kelantan 

21 Mei 2026 Jam 11.00 Berlangsung Perasmian Pembukaan Program Ekspo Bina Rumah yang menghimpunkan seramai 42 Vendor/Pempamer yang terdiri daripada pelbagai sub sektor bidang pembinaan rumah kediaman di negeri Kelantan.

Majlis Perasmian disempurnakan oleh YB Hilmi Abdullah, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan & Alam Sekitar serta turut meraikan Majlis Perasmian ini En Roswadi Muhammad, Pengarah CIDB Negeri Kelantan.

Ucapan pembukaan di serikan dengan Ucapan daripada Pengerusi PKPM Kelantan, En Nik Mohd Ali Yusof. Disusuli dengan Ucapan Penghargaan oleh IDr Dr Muhsin Abg Ghani, Presiden PKPM Pusat.

Usai Majlis Perasmian, Sesi Sidang Media yang dihadiri oleh beberapa wartawan seperti Awani, Berita Harian, Utusan Malaysia, Sinar Harian & IMedikalTV.

YB Hilmi juga sempat menyantuni & mengunjungi kesemua reruai pempamer dengan sesi memperkenalkan produk daripada wakil wakil pempamer.

Ekspo akan diteruskan lagi pada Jumaat & Sabtu dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Forum, Pembentangan Vendor, Ceramah dan Pertandingan Mewarna untuk kanak kanak.

Persatuan Kontraktor Perumahan Malaysia Kelantan.