Selamat Datang ke Laman Web PKPM

Search

LAMAN WEB RASMI

PERSATUAN KONTRAKTOR PERUMAHAN MALAYSIA

Kunjung Hormat PKPM Kelantan ke JPPH Kelantan

26 JULAI 2026


Sesi Kunjung Hormat
PKPM Kelantan ke JPPH Negeri Kelantan
Bilik Mesyuarat Utama
Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta
Tingkat 4, Wisma Persekutuan Kota Bharu

Sesi Kunjung Hormat Persatuan Kontraktor Perumahan Malaysia – Kelantan ke Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta Negeri Kelantan yang diketuai oleh Pengerusi PKPM Kelantan iaitu En Nik Mohd Ali Bin Yusof dan barisan Ahli Jawatankuasa PKPM Kelantan.

Sesi kunjung hormat di pengerusikan oleh Pengarah JPPH Kelantan, Tuan Sr Ishak dan Barisan Pegawai Penilai Daerah serta Penolong Pegawai Penilai dari JPPH Kota Bharu & JPPH Kuala Krai.

Tujuan serta agenda utama sesi kunjung hormat diadakan bagi mengeratkan hubungan antara PKPM selaku pemain industri pembinaan rumah sesebuah & JPPH selaku agensi kerajaan yang berperanan sebagai badan penilai samda membuat nilai permohonan baru dan juga nilaian kemajuan kerja sesebuah binaan.

Kami di PKPM juga turut membawa suara dari ahli ahli PKPM sendiri berkaitan permasalahan dan isu isu berbangkit yang memerlukan penjelasan dan maklumbalas dari pihak JPPH.

Semoga hubungan erat ini dapat di teruskan lagi ke peringkat selanjutnya dan PKPM komited untuk membantu industri pembinaan mewakili ahli ahli PKPM dan sentiasa menyokong peranan JPPH dalam sama sama meningkatkan mutu nilaian pasaran hartanah di seluruh Malaysia.

Persatuan Kontraktor Perumahan Malaysia-Kelantan