YBrs. Sr Abdul Razak bin Yusak, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Kontraktor Perumahan Malaysia (PKPM) yang di ketuai Presidennya Tuan Hasniro Hasbullah. Delegasi PKPM terdiri daripada Pengerusi PKPM Selangor/Wilayah Persekutuan dan Pengerusi Negeri Kelantan sebagai wakil Pantai Timur.
Objektif utama kunjungan hormat dari PKPM adalah untuk mendapatkan nasihat, pandangan dan menyampaikan maklumat lapangan berkaitan industri pembangunan perumahan sektor bukan pemaju di Malaysia secara amnya.