6 JANUARI 2026
Persatuan Kontraktor Perumahan Malaysia (PKPM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertempat di Wisma TNB, Petaling Jaya.
Kunjungan ini telah disambut oleh Ir. Ahmad Sazree, Head Operation DN, TNB yang menjalankan tugas sebagai Chief Distribution Network Officer. Sesi pertemuan berlangsung dalam suasana profesional dan konstruktif dengan perbincangan menyentuh aspek kerjasama strategik, kefahaman proses teknikal serta penambahbaikan koordinasi berkaitan sambungan bekalan elektrik bagi projek perumahan.
PKPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak TNB atas kesudian menerima kunjungan ini serta komitmen berterusan dalam menyokong kelancaran pembangunan sektor perumahan di Malaysia. Diharapkan hubungan strategik ini dapat terus diperkukuh demi kepentingan industri dan manfaat kepada rakyat.
Lawatan kunjung hormat ini akan dihadiri oleh beberapa orang wakil PKPM seperti berikut :
i. Presiden PKPM Pusat – IDr. Dr. Muhsin Abdul Ghani
ii. Timbalan Presiden PKPM Pusat & Pengerusi PKPM Negeri Kelantan – Nik Mohd Ali bin Yusof
iii. Bendahari Agong PKPM Pusat & Setiausaha Agong PKPM Negeri Selangor – Azuhan bin Fauzi
iv. Naib Pengerusi 1 PKPM Negeri Kelantan – Nik Mohd Nasrudeen bin Nik Abd Rahman