Selamat Datang ke Laman Web PKPM

Search

LAMAN WEB RASMI

PERSATUAN KONTRAKTOR PERUMAHAN MALAYSIA

Kunjungan Hormat PKPK Ke JPPH Kelantan

Tarikh : 16 Januari 2023 (Isnin)

Masa : 2:30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat JPPH

Wakil PKPK yang terlibat (5 orang) :

1. Encik Nik Mohd Ali ( Presiden )

2. Encik Mohd Nasrul ( Naib Presiden 2 )

3. Encik Nik Mohd Nasrudeen ( Perhubungan Awam )

4. Puan Nor Ashikin ( Timb SU )

5. Nabilah Syahirah ( Pengurus )

Intipati Mesyuarat

1. JPPH akan mempertimbangkan bagi kelulusan tuntutan 95% ( Dengan persetujuan pemilik ) bagi kes kelewatan sambungan meter TNB.

2. Wujud pemalsuan tandatangan bagi pihak jurukur ( borang Pengesahan Lot Hartanah ) di kalangan Kontraktor Kelantan.

3. Bagi nilaian porch kereta atau menara tangki air. JPPH ambil kira nilaian bagi binaan porch & menara tangki air walaupun binaan tersebut berasingan dari body utama rumah. Nilaian akan diambil kira jika dinyatakan dalam perjanjian kontrak @ jualbeli.

4. Kos infra seperti mengetar jalan, longkang dan lanskap perlu dirujuk kepada pihak LPPSA. Pihak JPPH tiada halangan sekiranya kos tersebut mendapat kebenaran nilaian oleh LPPSA.

5.JPPH mengambil kira nilaian bagi kerja penyediaan tapak seperti menambak tanah, pemasangan culvert ( hadapan tanah sahaja ) atau pembinaan retaining wall. Kesemua item kerja ini perlu dimasukkan kedalam spesifikasi ( Perjanjian kontrak ).

6. JPPH mohon pihak kontraktor menampal @ papan tanda no lot tanah disetiap tapak projek bagi memudahkan pihak JPPH membuat nilaian @ pemeriksaan tuntutan claim.

7. Bagi nilaian setiap perbezaan spesifikasi. Cth : pemasangan jeriji, pastikan pihak kontraktor memberi maklumat yang jelas iaitu bahan yang digunakan seperti : “Memasang Jeriji dari jenis Stainless Steel”.

Ini mudahkan pihak JPPH membuat nilaian.

8. Pihak JPPH mengalu alukan pihak PKPK mengadakan seminar bersama JPPH.( sebarang program yang dapat memberi manfaat kepada pihak kontraktor ) serta menjalin hubungan yang baik diantara PKPK & JPPH.

9. JPPH sentiasa mengekalkan servis semakan tuntutan claim dengan menghubungi kaunter JPPH KB dan JPPH Kuala Krai. JPPH memohon maaf atas isu JPPH Kuala Krai yang tidak melayan panggilan untuk semakan claim progress.

10. Tempoh masa kesiapan laporan claim kpd Lppsa adalah selama 6 hari bekerja bermula dari tarikh terima borang dikaunter.

Laporan disediakan oleh :

Mohd Nasrul Bin Baharudin

Naib Presiden 2 PKPK

KEAHLIAN PKPM

Keahlian adalah terbuka kepada semua pemilik syarikat yang menjalankan perniagaan bidang perumahan dan menjalankan perniagaan tersebut di seluruh Malaysia.

UNDIAN & SURVEY

Apakah pandangan anda mengenai laman web rasmi Persatuan Kontraktor Perumahan Malaysia?

LANGGAN NEWSLETTER