YBhg. Dato’ Sr Mohd Zaid Zakaria, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Kontraktor Perumahan Malaysia (PKPM) yang di ketuai Presidennya En Hasniro Hasbullah. Delegasi PKPM terdiri daripada wakil-wakil persatuan dari seluruh Malaysia.
Semasa sesi kunjungan hormat tersebut, pihak CIDB dan PKPM telah membincangkan beberapa perkara berkaitan industri kontraktor perumahan seperti isu kontraktor asing tidak berdaftar, kontraktor scammers juga inisiatif bagi menambah baik proses bayaran kepada kontraktor di sektor bukan pemaju.
CIDB dan PKPM sebelum ini telah berkolaborasi bersama-sama pihak Kerajaan Negeri Kelantan dalam pembangunan Taman Perindustrian IBS di Machang, Kelantan seluas 200 hektar.