22 JULAI 2026
TERIMA KASIH AJK PKPM SELANGOR
Alhamdulillah, Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PKPM Selangor telah berlangsung dengan lancar. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua AJK yang hadir serta memberikan pandangan, idea dan komitmen demi memperkukuhkan peranan PKPM Selangor.
Antara agenda yang telah dibincangkan ialah:
✅ Persiapan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PKPM Selangor yang dijangka berlangsung pada 26 Ogos 2026.
✅ Cadangan mengadakan kunjungan hormat ke agensi-agensi Kerajaan Negeri Selangor termasuk Menteri Besar Incorporated (MBI), Yayasan MBI, MAIS dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
✅ Perancangan mewujudkan platform Podcast PKPM Selangor serta mengaktifkan saluran Facebook, YouTube dan TikTok sebagai medium perkongsian ilmu, pandangan ahli dan hebahan aktiviti persatuan.
✅ Perbincangan mengenai isu aliran tunai (cash flow) kontraktor serta peluang kerjasama dengan institusi kewangan bagi kemudahan pembiayaan seperti Overdraf (OD) dan fasiliti perniagaan.
✅ Perkongsian berkaitan isu percukaian dan LHDN, termasuk pendekatan terbaik dalam membantu ahli menghadapi cabaran pematuhan cukai.
✅ Perbincangan mengenai masalah kontraktor berhadapan dengan syarikat scammer yang sering bertukar nama selepas kegiatan mereka dihidu, serta cadangan langkah-langkah kesedaran dan perlindungan kepada ahli.
Semoga segala perancangan yang telah dibincangkan dapat direalisasikan demi memperkukuhkan PKPM Selangor serta memberi manfaat kepada seluruh ahli dan industri kontraktor perumahan.
Bersatu • Berkongsi • Memperkasa Kontraktor Perumahan