Selamat Datang ke Laman Web PKPM

Search

LAMAN WEB RASMI

PERSATUAN KONTRAKTOR PERUMAHAN MALAYSIA

Kunjung Hormat PKPK ke LPPSA, Putrajaya

Persatuan Kontraktor Perumahan Kelantan (PKPK) bersama Persatuan Kontraktor Perumahan Terengganu (PKPT) telah mengadakan lawatan kunjung hormat ke pejabat LPPSA, Putrajaya pada 4 Julai 2019. Dalam lawatan ini, banyak input yang diperolehi dan beberapa cadangan penambahbaikan telah dikemukakan kepada LPPSA. Ucapan terima kasih diberikan kepada pihak LPPSA yang amat mesra dan positif dalam menyelesaikan permasalahan bagi […]

Taklimat IBS CIDB Terengganu anjuran MyIBS

PKPK telah menerima jemputan ke Taklimat Industrialised Building System (IBS) anjuran MyIBS dan ABMT. Taklimat ini adalah merupakan sebahagian daripada usaha CIDB untuk memperkenalkan kepada para penggiat industri tentang kelebihan penggunaan sistem IBS dalam sektor pembinaan perumahan. Taklimat ini diadakan di Menara Yayasan Islam Terengganu pada 21 April 2019.

Lawatan CIDB myIBS, sistem Colum & Beam

CIDB MyIBS telah mengadakan sesi lawatan bersama PKPK dan media ke tapak rumah pertama yang dibina menggunakan sistem IBS Colum & Beam di Kg Dewan Beta, Kota Bharu, Kelantan.

Majlis Pelancaran IMPACT CIDB

PKPK telah menerima jemputan ke Majlis Pelancaran IMPACT yang bertempat di Pusat Konvensyen CIDB Exibition Center. PKPK menyambut baik dan sedang berusaha untuk bersama-sama menunaikan hasrat kerajaan yang ingin meluaskan pengunaan teknologi IBS dalam pembinaan termasuk rumah-rumah kediaman di negeri Kelantan Melalui MOU yang ditandatangani pada Feb 2018. Beberapa perkara perlu diambil kira dan sedang […]

Lawatan Kunjung Hormat PKPK ke Pejabat JPPH

Pada 8 Mac 2017, PKPK telah mengadakan lawatan kunjung hormat ke Pejabat JPPH negeri Kelantan. Dalam lawatan ini, PKPK telah berkongsi maklumat dua hala berkenaan hal ehwal panduan penilaian harga rumah kediaman.

Majlis MoU Di Antara CIDB MyIBS & PKPK

Tarikh: 25 Februari 2017 Lokasi: Hotel Perdana, Kota Bharu Majlis MoU di antara Persatuan Kontraktor Perumahan Kelantan dan CIDB MyIBS yang dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed yang dihadiri 1,000 jemputan. MoU kerjasama antara pihak CIDB dan PKPK adalah untuk mencipta sistem IBS pembinaan rumah yang lebih sesuai digunakan oleh kontraktor-kontraktor bersaiz kecil sederhana. InsyaAllah kontraktor-kontraktor […]

Majlis Menandatangani Letter of Intent (LOI) antara PKPK dan Politeknik Dungun

Pada 8 Januari 2017, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun telah mengadakan majlis menandatangani Letter of Intent (LOI) antara Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun dan PKPK bersama syarikat dalam industri Pembinaan Rumah Kediaman. Antara syarikat di bawah PKPK yang menyertai program ini :  1. Dinda Resources  2. Ikatan Intra Sdn Bhd  […]