28 FEBRUARI 2022
Pada tahun 2022 ini, ketika sektor pembinaan negara berhadapan dengan masalah kekurangan pekerja yang serius, rakyat tempatan pula gagal mengisi kekosongan itu. Sebaliknya mereka lebih berminat melakukan kerja ringan seperti menjadi tukang cat.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Kontraktor Perumahan Malaysia (PKPM), Hasniro Hasbullah berkata, keadaan itu telah menyebabkan kira-kira 3,000 projek perumahan di seluruh negara berdepan masalah lewat disiapkan kerana kontraktor dan pemaju kekurangan pekerja asing yang sanggup melakukan kerja berat.