Lawatan Tinjauan Exco Pelaburan dan Pembangunan Usahawan Kawasan Pembangunan Taman Industri Bersepadu IBS

Lawatan tapak kilang dan kawasan pembangunan Taman Industri Bersepadu IBS yang diketuai oleh YB Exco Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan. Turut serta adalah YB Timbalan Exco, Pengarah Plan Malaysia Kelantan, pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Kelantan dari SUK, UPEN dan Majlis Daerah Machang. Projek ini dirancang bagi mentransformasikan industri pembinaan di negeri Kelantan.
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan PKPK

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan PKPK telah diadakan pada 7 Julai 2020. Antara agenda mesyuarat tersebut adalah : 1. Penetapan tarikh mesyuarat agung yang tertangguh kerana PKP. 2. Penggabungan PKPK di bawah Persatuan Kontraktor Perumahan Malaysia (PKPM kelantan). 3. Penyerahan mandat pengurusan Taman Perindustrian IBS kepada SPV. Tahniah dan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa yang telah […]
Majlis Perasmian Jelajah TVET Pembinaan Edisi Terengganu

PKPK telah dijemput bagi penerimaan sijil penghargaan daripada Menteri Kerja Raya sebagai rakan kolabrasi di “Majlis Perasmian Jelajah TVET Pembinaan Edisi Terengganu dan Pertandingan Akhir WSMB 2019” di ABM Wilayah Timur. Majlis ini berlangsung pada 19 Oktober 2019.
Majlis Penerimaan Sijil Penghargaan Daripada Menteri Kerja Raya Malaysia

Jemputan bagi penerimaan sijil penghargaan daripada Menteri Kerja Raya Malaysia sebagai rakan kolabrasi di “Majlis Perasmian Jelajah TVET Pembinaan Edisi Terengganu dan Pertandingan Akhir WSMB 2019” di ABM Wilayah Timur.
Kunjung Hormat PKPK ke LPPSA, Putrajaya

Persatuan Kontraktor Perumahan Kelantan (PKPK) bersama Persatuan Kontraktor Perumahan Terengganu (PKPT) telah mengadakan lawatan kunjung hormat ke pejabat LPPSA, Putrajaya pada 4 Julai 2019. Dalam lawatan ini, banyak input yang diperolehi dan beberapa cadangan penambahbaikan telah dikemukakan kepada LPPSA. Ucapan terima kasih diberikan kepada pihak LPPSA yang amat mesra dan positif dalam menyelesaikan permasalahan bagi […]
Taklimat IBS CIDB Terengganu anjuran MyIBS

PKPK telah menerima jemputan ke Taklimat Industrialised Building System (IBS) anjuran MyIBS dan ABMT. Taklimat ini adalah merupakan sebahagian daripada usaha CIDB untuk memperkenalkan kepada para penggiat industri tentang kelebihan penggunaan sistem IBS dalam sektor pembinaan perumahan. Taklimat ini diadakan di Menara Yayasan Islam Terengganu pada 21 April 2019.
Mesyuarat Pra Kolaborasi Politeknik Kota Bharu

Pada 22 Januari 2019, PKPK telah mengadakan satu mesyuarat pra kolaborasi antara Politeknik Kota Bharu, Kelantan dan PKPK.
Lawatan CIDB myIBS, sistem Colum & Beam

CIDB MyIBS telah mengadakan sesi lawatan bersama PKPK dan media ke tapak rumah pertama yang dibina menggunakan sistem IBS Colum & Beam di Kg Dewan Beta, Kota Bharu, Kelantan.
Lawatan Kunjung Hormat PKPK ke Pejabat JPPH

Pada 8 Mac 2017, PKPK telah mengadakan lawatan kunjung hormat ke Pejabat JPPH negeri Kelantan. Dalam lawatan ini, PKPK telah berkongsi maklumat dua hala berkenaan hal ehwal panduan penilaian harga rumah kediaman.
Majlis MoU Di Antara CIDB MyIBS & PKPK

Tarikh: 25 Februari 2017 Lokasi: Hotel Perdana, Kota Bharu Majlis MoU di antara Persatuan Kontraktor Perumahan Kelantan dan CIDB MyIBS yang dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed yang dihadiri 1,000 jemputan. MoU kerjasama antara pihak CIDB dan PKPK adalah untuk mencipta sistem IBS pembinaan rumah yang lebih sesuai digunakan oleh kontraktor-kontraktor bersaiz kecil sederhana. InsyaAllah kontraktor-kontraktor […]