Selamat Datang ke Laman Web PKPM

Search

LAMAN WEB RASMI

PERSATUAN KONTRAKTOR PERUMAHAN MALAYSIA

Kenaikan Harga Bahan Binaan Cecah 15 Peratus, Jejas Projek Perumahan

31 MAC 2026 SHAH ALAM – Industri pembinaan negara berdepan kebimbangan apabila harga bahan binaan dan kos berkaitan meningkat sehingga 15 peratus susulan konflik peperangan di Asia Barat melibatkan Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran. Presiden Persatuan Kontraktor Perumahan Malaysia (PKPM), Dr Muhsin Abdul Ghani berkata, keadaan itu berpotensi menjejaskan kelancaran pelaksanaan projek, meningkatkan risiko […]

PKPM Gesa Kerajaan Pertimbang Langkah Susulan Kenaikan Harga Diesel – Harian Metro

19 MAC 2026 Persatuan Kontraktor Perumahan Malaysia (PKPM) menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan beberapa langkah susulan kenaikan harga diesel di Semenanjung Malaysia daripada RM3.92 kepada RM4.72 seliter, iaitu peningkatan sebanyak 80 sen. Presiden PKPM, Dr Muhsin Abdul Ghani berkata, ini memandangkan kenaikan harga bahan api itu dijangka memberi kesan langsung kepada kos operasi dalam industri pembinaan, […]

Kepentingan Ekosistem Inklusif Dalam Industri Pembinaan – Sinar Harian

16 MAC 2026 SHAH ALAM – Penjualan saham IJM Corporation Bhd kepada Sunway Berhad akan mewujudkan risiko penumpuan kuasa dalam industri pembinaan di negara ini. Sehubungan itu, Presiden Persatuan Kontraktor Perumahan Malaysia (PKPM), Dr Muhsin Abdul Ghani meminta kerajaan melakukan pemantauan bagi memastikan rantaian bekalan tempatan yang lebih adil. “Perkara itu termasuk memastikan subkontraktor, vendor […]

Temu Bual Radio Bernama (Tenaga Solar Perumahan Baharu : Kelestarian Bandar Raya)

24 JULAI 2025 Saksikan Temu Bual Radio BERNAMA yang akan bersiaran pada 24 Julai 2025 (Khamis), jam 5.30 petang yang bertajuk “Tenaga Solar Perumahan Baharu : Kelestarian Bandar Raya”. Temu bual radio ini disertai oleh Presiden Persatuan Kontraktor Perumahan Malaysia (PKPM), IDr Dr Muhsin Abdul Ghani dan Timbalan Presiden III Persatuan Perusahaan Photovoltaic dan Tenaga […]

Kontraktor Bakal Gulung Tikar Gara-gara LPPSA

10 MAC 2022 Sejumlah besar kontraktor perumahan dikatakan bakal gulung tikar bukan kerana kekurangan tenaga kerja atau kenaikan harga barang, tetapi kerana perubahan terhadap jadual pembayaran pinjaman oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Kontraktor Perumahan Malaysia (PKPM), Hasniro Hasbullah berkata, perubahan jadual itu menuntut kontraktor untuk menyiapkan satu-satu […]

Rakyat Malaysia Hanya Minat Kerja Mengecat

28 FEBRUARI 2022 Pada tahun 2022 ini, ketika sektor pembinaan negara berhadapan dengan masalah kekurangan pekerja yang serius, rakyat tempatan pula gagal mengisi kekosongan itu. Sebaliknya mereka lebih berminat melakukan kerja ringan seperti menjadi tukang cat. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Kon­traktor Perumahan Malaysia (PKPM), Hasniro Hasbullah berkata, keadaan itu telah menyebabkan kira-kira 3,000 […]

Kenyataan Media : Biz Malaysia TV1

Kenyataan media oleh Timbalan Presiden PKPM, IDr Dr Muhsin Abdul Ghani dalam siaran langsung program Biz Malaysia TV1 pada 27 Disember 2021. Dalam program ini, beliau menyatakan tentang masalah kekurangan pekerja binaan, kenaikan upah pekerja, dan kenaikan harga bahan mentah yang akan membebankan bakal pemilik rumah dan kontraktor yang sedang dalam pembinaan.